Skip to main content

Penganugerahan SMK Jalan Bukit sebagai Sekolah Transformasi Tahun 2017


Pada 28 November 2016 SMK Jalan Bukit telah dipilih oleh KPM untuk melaksanakan Program Sekolah Transformasi Tahun 2017. 
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  •          Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •          Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  •          Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  •          Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat dan teras TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu
  •             Memantapkan kepimpinan sekolah
  •     Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  •            Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
  •          Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •          Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •          Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •          Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •          Komitmen komuniti yang padu.







Comments

Popular posts from this blog

PinTas 2019

HALA TUJU SMK JALAN BUKIT KE ARAH TS25 PELAN INTERVENSI TRANSFORMASI SEKOLAH (PInTaS - 1)  2019  SMK JALAN BUKIT     BIDANG FOKUS 1    : PdPc GURU BERKESAN BERTERASKAN PAK21 CHAMPION               : PN HJH ROSLINA CHE OMAR 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BIDANG KEBERHASILAN / ASPIRASI BIDANG FOKUS DATA DIKUMPUL TOV/ BASELINE KRITERIA KEJAYAAN (ETR/INDIKATOR) INISIATIF KAEDAH PEMANTAUAN PIHAK BERTANGGUNG JAWAB TEMPOH MASA KEPERLUAN   SUMBER EVIDEN DAPATAN PENILAIAN KOS SEBENAR Guru Berkualiti PdPc Guru Berkesan berteraskan PAK 21 (berpusat murid, murid aktif belajar, guru kreatif, BBB dimanfaatkan ) Skor SKPMg2 Guru Pencapaian Peperiksaan Akhir Thun (PAT) Ting 1 dan 2 dan PT3 B Melayu, Sains, Matematik,

Pertandingan Poster Sempena Minggu Disiplin dan Pemantapan Sahsiah Murid

Pertandingan Melukis Poster melibatkan 2 orang ahli kelab/Persatuan bagi SESI PAGI (🌹dikecualikan murid tingkatan 3🌹) Tema Poster - Anti Buli - Anti Rokok - Anti Dadah - Anti Rokok * pilih mana2 satu tajuk sahaja. Pelaksanaan Program Tarikh: 2 Mei 2018 ( Rabu) Masa: 7.30 hingga 10.30 pagi Lokasi: Pusat Sumber SMKJB *Peralatan melukis dan mewarna sendiri *Kertas lukisan disediakan. Sorotan gambar sepanjang program berlangsung dan hasil murid .

PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) PANITIA MATEMATIK

LAPORAN   PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) PANITIA   MATEMATIK TAHUN 2018   KALI-1 Objektif: a) Guru-guru bekerja secara kolaboratif serta berterusan   untuk mencapai teknik pdp    berkesan b) Guru bersama-sama mempelajari teknik-teknik penggunaan kalkulator secara efisien Maklumat Pelaksanaan : Aktiviti             : Tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration) Tarikh              : 2 Februari 2018 ( Jumaat ) Tempat             : Anjung Algebra Sasaran            :   Semua guru matematik sesi pagi dan petang Perbelanjaan     : Tiada Laporan Aktiviti : Perkongsian ilmu daripada guru yang berpengalaman iaitu Pn Sim Kay Shu tentang teknik penyelesaian persamaan linear dan kuadratik dengan menggunakan kalkulator Kekuatan: 1. Penceramah berpengalaman 2. Teknik yang menarik dan mudah difahami Kelemahan:   Kekangan masa Penambahbaikan: Teknik-teknik PLC   yang perlu di praktikkan   ialah a)      Pengajaran bersama rakan guru ( t