Saturday, July 29, 2017

d' BUKIT, PSS CEMERLANG !

PSS CEMERLANG

SMK JALAN BUKIT Ke Arah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

       PENGENALAN

Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah pusat sumber bergantung kepada keperluan guru dan murid sebagai pengguna, kemampuan kewangan sekolah dan juga bilangan kakitangan yang terlatih dipilih untuk mengendalikan pusat sumber.

Dalam merancang perkhidmatan-perkhidmatan, keutamaan hendaklah diberi terlebih dahulu kepada 4 perkhidmatan asas iaitu:

a.            Perkhidmatan Perpustakaan
b.            Perkhidmatan Bahan Bantu Belajar

Walau bagaimanapun perkhidmatan-perkhidmatan tambahan lainnya perlu diambil kira seperti perkhidmatan sirkulasi, perkhidmatan sebaran maklumat, maklumat terkini, penghasilan media, bank soalan dan pinjaman antara pusat sumber.


       PERKHIDMATAN SIRKULASI

Khidmat yang terpenting yang perlu diambil perhatian ialah mengadakan     “ Sistem Peminjaman dan Pemulangan Bahan “. Sistem ini merangkumi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengguna ketika hendak memasuki bangunan PSS. Peraturan meminjam, lama masa meminjam, bilangan bahan yang dipinjam dan cara mengemaskini rekod. Secara kasar dapat digariskan seperti berikut:

a.    Peraturan peminjaman dan pemulangan bahan
b.    Kemaskini kad-kad ahli
c.    Kemaskini rekod-rekod


        PERKHIDMATAN SEBARAN MAKLUMAT

Di antara fungsi pusat sumber ialah menyebarkan maklumat. Untuk menarik perhatian pengguna, penyebaran maklumat ini perlulah disampaikan dengan beberapa cara. Di antaranya:

a.    risalah
b.    pameran
c.    siaraya
d.    bibliografi
e.    buku panduan PSS
f.     berita PSS
g.    ceramah / bengkel / dialog


      PERKHIDMATAN BANK SOALAN

Perkhidmatan ini mengumpul koleksi kertas ujian yang dipilih dari Jawatankuasa Khas untuk dijadikan panduan dan rujukan pengguna.

Bagi memudahkan pengguna mendapatkan semula kertas-kertas soalan tersebut seelok-eloknya difailkan mengikut:

a.    Koleksi soalan mengikut mata pelajaran
b.    Koleksi soalan mengikut tahun
c.    Koleksi soalan dari sumber luar
d.    Koleksi soalan-soalan terbaik yang ditaip semula
e.    Koleksi soalan-soalan yang dibina sendiri oleh jawatankuasa

       PERKHIDMATAN PINJAMAN BAHAN ANTARA PUSAT SUMBER

Sesebuah pusat sumber tidak mungkin dapat menawarkan perkhidmatan yang secukupnya. Oleh itu adalah wajar satu gabungan kerjasama antara satu pusat sumber sekolah dengan pusat sumber sekolah yang lain diwujudkan. Perkhidmatan yang boleh diperolehi antaranya ialah:

a.            Pijaman buku
b.            Pinjaman bahan Bantu mengajar
c.            Pinjaman peralatan


       PERKHIDMATAN PSS

  1. Pinjaman Bahan Buku
  1. Pinjaman Bahan Bukan Buku
  1. Perkhidmatan Rujukan
  1. Perkhidmatan Radio Sekolah
    E.  Perkhidmatan Kemudahan Fizikal


    JADUAL PERKHIDMATAN



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SMK JALAN BUKIT Ke Arah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang



GURU PENOLONG KANAN PETANG (PUAN HAMIDAH) BERSAMA GURU PSS SERTA MURID-MURID YANG MENJADI TULANG BELAKANG PSS SMK JALAN BUKIT.

d'BUKIT HEBAT !












No comments:

Post a Comment