Monday, May 8, 2017

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

[PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA]
SMK JALAN BUKIT
LOKASI : ANJUNG MUAFAKAT
HARI / TARIKH :( KHAMIS, 06.04.2017 )
PENCERAMAH : Pn. Norziah (Pegawai SISC+ (Men, Hulu Langat)

Sunday, May 7, 2017

MEMORI SEPANJANG KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK SEJAGAT SERTA PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI

Tanggal 15 Mac 2017 (Rabu ), karnival Sains dan Matematik Sejagat telah dilaksana  dengan objektif :


              # Meningkatkan kesedaran tentang luasnya bidang sains dalam
                 menjana inovasi.
            #  Menambahkan minat murid terhadap bidang Sains
             # Meningkatkan sahsiah diri murid dan kecintaan terhadap alam    
                 sekitar dan menyedari bahayanya merokok dan penyalahgunaan dadah.

Pelbagai aktiviti menarik dilaksana bagi mewarnai karnival ini yang mendapat kerjasama dari pelbagai agensi seperti :

CERAMAH DARI ANGKASAWAN NEGARA  DATO DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL MASRIE BIN SHEIKH MUSTAPHA

PAMERAN DARI JABATAN METEREOLOGI, PEMADAM, UNIKL DAN FRIM

CERAMAH DARI PEMADAM DAN ALPHANIAGA

BENGKEL DARI MOSTI 

PERSEMBAHAN INTERAKTIF XCITED SCI SHOW


Program ini adalah kerjasama erat dari :
Bidang Sains dan Matematik
Unit Bimbingan dan Kaunseling / PPDa
Unit Ko-Kurikulum
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Jalan Bukit

Tahniah kepada JK Pelakana Program Karnival Sains dan Matematik Sejagat khusunya Panitia Sains yang bertindak sebagai teraju utama program ini.














' SAINS, MATEMATIK DAN SAHSIAH TERPUJI MENJANA INOVASI'

' Say No To DARVIH '

Saturday, May 6, 2017

TAKLIMAT LATIHAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 2.0

TARIKH   : 27 MAC 2017 (ISNIN)
TEMPAT : ANJUNG MUAFAKAT, SMK JALAN BUKIT

Program ini telah memberi pendedahan mengenai Program Tranformasi Sekolah 2025 dan cara bagaimana guru-guru dan staf boleh melengkapkan diri untuk menjayakan TS25 di SMK Jalan Bukit dengan jayanya.  Penghargaan kepada semua peserta yang telah menjayakan LADAP Program Transformasi Sekolah (TS25) dengan lancar dan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung.  Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif kepada seluruh warga d’Bukit.

KEM KEPEMIMPINAN PRS SULONG DAERAH HULU LANGAT (ZON KAJANG) TAHUN 2017

Kem Kepemimpinan PRS Sulong Daerah Hulu Langat disertai seramai 27 orang peserta dari SMK Jalan Bukit dan 4 orang murid telah dilantik sebagai Fasilitator.

Kem peringkat daerah ini menghimpunkan  seramai 112 orang peserta dan 22 orang guru bimbingan dan kaunseling yang bertindak sebagai urusetia dan mentor.

Kem dilaksana pada 28/4/2017 hingga 30/4/2017 selama 3 hari 2 malam di Photon Valley Eco Resort.












' FIND YOURSELF IN THE SERVICE OF OTHERS '

1 MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH


Friday, May 5, 2017

BENGKEL FASILITATOR KEM KEPEMIMPINAN PRS SULONG DAERAH HULU LANGAT (ZON KAJANG) TAHUN 2017

Bengkel Fasilitator ini melibatkan 20 orang murid dari 5 buah sekolah zon kajang iaitu i) SMK Jalan Bukit, ii) SMJK Yu Hua Kajang, iii) SMK Sultan Abdul Aziz Shah, iv) SMK Saujana Impian dan v) SMK Convent Kajang.

Tujuan pelaksanaan bengkel adalah untuk membimbing dan mengasah bakat kepimpinan murid yang bakal dilantik menjadi fasilitator program.

Murid atau fasilitator dibimbing oleh guru mentor sekolah masing-masing bagi membina modul dan membentang modul di bengkel fasilitator yang dilaksana di SMK Jalan Bukit pada 18 April 2017 dan 25 April 2017.   Fasilitator memurnikan dan mengaplikasi modul untuk memantapkan pelaksanaan program Kem Kepemimpinan PRS Daerah yang dilaksana sepenuhnya aktiviti oleh fasilitator dengan bimbingan guru mentor.






1 MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH

PENILAIAN DAN PENARAFAN LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Penilaian dan Penarafan Laluan PPDa bagi Peringkat Negeri Selangor adalah untuk menentukan kedudukan di antara kelompok 3 buah sekolah yang telah layak untuk ke peringkat akhir.

Sebagai persediaan menyambut kehadiran panel penilai, warga SMK Jalan Bukit telah membuat persediaan samada dari segi persembahan sambutan, pembangunan dan keceriaan stesen serta persembahan murid di setiap stesen.

Seramai 105 orang murid telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti dengan komitmen padu seluruh Pentadbir dan warga guru bagi menyahut cabaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) perlulah merentasi bidang kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid serta menekankan kemenjadian murid.

Latihan dilaksana secara berperingkat bagi memantapkan persembahan murid.

video

serta mendapat komitmen padu dari Pn. Gulunara Bibi selaku YDP PIBG yang turut serta memantau persembahan murid semasa latihan. 




Latihan persembahan juga turut dipantau oleh PK HEM bagi mneguhkan isi persembahan.


Menjelang hari penarafan, satu program gotong royong telah dijalankan bagi menceriakan kawasan sekolah.






Tanggal 15 Februari 2017
3 panel penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan PPD  telah hadir ke SMK Jalan Bukit bagi memberi penarafan kepada Laluan PPDa SMK Jalan Bukit.


Penyelia PPDa Jabatan PelajaranNegeri Selangor Tuan Hj Ghazali bin Mohd Anuar,
Ketua Hakim Tuan Haji Idros dan Tn Hj Mohd Nasir dari Pejabat Pelajaran Daerah. Turut hadir En. Musliha Safry, Pen. PPD bahagian Pencegahan Dadah dan Disiplin PPD Hulu Langat.





Kumpulan persembahan yang membuka tirai sambutan di pimpin oleh guru penasihat Kelab Kebudayaan SMK Jalan Bukit iaitu Puan Rosliza dan En. Abdul Razak serta guru silat, Pn. Sharizawati.




Tirai penilaian dan penarafan dibuka dengan bacaan doa, ucapan aluan dari Puan Hjh Roslina bt Che Omar serta taklimat dari Tuan Hj Idrus, selaku ketua Hakim.






Tahniah dan terima kasih  khususnya kepada 
Para pentadbir SMK Jalan Bukit
JK Pelaksana Program Penilaian dan Penarafan Laluan PPDa SMK Jalan Bukit
Pn. Rosliza dan Encik Razak, Guru Penasihat Kelab Kebudayaan SMKJB
Pn. Ainizam, Guru Pengawas SMKJB
Pn. Haslinda, Guru Media SMKJB
Pn. Ooi Hon Eng, Guru bilik khas Dewan
Pn. Norul Huda, Pn, Wong Gek Chin dan Pn. Nik Arina, Guru Koperasi SMKJB
Pn. Ummi Erna, Penyelaras Kokurikulum SMKJB
Pn. Norfadhilah dan Pn. Siti Zawiyah, Guru Penasihat Kelab Bumi Hijau
Pn. Siti Hawa, Guru PSS (Gazebo Nilam )
Pn. Sita Hajara, Guru Laman Hidroponik
Pn. Zaihadah, Ketua Panatia Sains
Pn. Rozita, Guru pembimbing persembahan murid di makmal sains
Pn. Kartini Maniran, guru kelas 4B
Pn. Norliyanti, Ketua Panitia PSV
Pn. Zaharah bt Bachek, Kaunselor SMKJB
Pn. Siti Aula, GBKSM SMKJB
Pengawas sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Pusat Sumber
Pengawas koperasi
Kumpulan Arjuna d'Bukit
Murid kelas 4B

serta semua murid, guru dan kakitangan SMK Jalan Bukit yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Penilaian dan Penarafan Laluan PPDa ke satu tahap yang membanggakan.


'1 MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH'

Fotografi : Bennyhinn Zerubabel /5B
Suntingan : Pn. Zurina Zaini/ SU PPDa