Tuesday, April 4, 2017

Pesta Pongal di SMK Jalan Bukit 2017


Perkataan பொங்கல் (Pongal) adalah ‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil menuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai (தை) mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun baru. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan ini disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Pada 18 Febuari 2017 bersamaan hari Sabtu, Pesta Pongal telah dijalankan di padang sekolah SMK Jalan Bukit . Aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Tamil ini adalah untuk mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka dan mengetahui adat resam bagi mereka yang beragama Hindu.

No comments:

Post a Comment