Wednesday, March 8, 2017

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT DAN JOM KE SEKOLAH

Pada 1 Mac 2017, satu program di bawah unit HEM telah dijalankan dengan jayanya iaitu Program Sekolah Selamat dan Jom Ke Sekolah. Program juga turut disertai oleh unit Disiplin iaitu Penyerahan Sijil untuk mengiktiraf murid yang mendapat rekod yang tinggi dalam senarai Amalan Baik SSDM. Anugerah dinamakan Anugerah Hang Tuah (murid lelaki) dan Anugerah Tun Teja ( murid perempuan).

Majlis diserikan dengan kehadiran 3 orang Pegawai Polis daripada IPD Kajang iaitu INSP Farah Dayana binti Kamarozaman , SJN Tan Boon Lye dan KPL Rosmawati binti Abd Malek. Berikut adalah tentatif program tersebut :

Tarikh/ Masa
Aktiviti
Personalia
7.30 am
Kehadiran Tetamu

Pn Sim Kay Shu
7.35 am -7.45 am
Ucapan Pengetua
Pn Hajah Roslina Bt Che Omar
7.45 am – 8.00 am
Ucapan perasmian  dan ceramah sekolah selamat oleh pegawai PDRM
Gimik - Sketsa
Pegawai PDRM

8.00 am – 8.25
Penyerahan Sijil Amalan Baik
Anugerah Hang Tuah dan Tun Teja
Pegawai PDRM
8.25 am
Jamuan VIP
Bersurai
Pengawas bertugas

Berikut beberapa foto sepanjang majlis berlangsung.












Terima kasih kepada semua AJK yang menjayakan majlis ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment