Thursday, March 2, 2017

PROGRAM PECUTAN AWAL CEMERLANG TINGKATAN 5

PROGRAM PECUTAN AWAL CEMERLANG TINGKATAN 5
1MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH

Program Pecutan Awal Cemerlang Tingkatan 5 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada 28 Februari  2017 bertempat di auditorium Kolej Universiti New Era.

Objektif program ini adalah untuk ;

*Memberi  suntikan semangat untuk meningkatkan motivasi pelajar
*Menetapkan target pencapaian bagi jangkamasa pendek  dan panjang.
*Memberi pendedahan kepada pelajar tentang hala tuju selepas SPM.
*Membentuk generasi sekolah bebas penyalahgunaan dadah.

Ceramah  hala tuju selepas SPM  disampaikan oleh Pn Zaharah Binti Bachek, Kaunselor SMKJB dan En Goh Chin Seng selaku Ketua Unit Pengambilan Kolej Universiti New Era.
Slot motivasi disempurnakan oleh penceramah motivasi Mr Roberto Calleja iaitu pensyarah Universiti Antarabangsa Inti.

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Universiti New Era dan Universiti Antarabangsa Inti di atas sumbangan demi menjayakan program ini serta pentadbir,  guru-guru dan anak-anak PRS  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

1Malaysia Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.

No comments:

Post a Comment