Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS " EMPOWERING LEADERS"

Pada 3-5Mac 2017, telah berlangsung kem kepimpinan pengawas sekolah di Maktab PDRM Kuala Kubu Baru. Kem telah dihadiri oleh seramai 100 orang pengawas dari tingkatan 2 - 5. Antara pengisian kem ialah ice breaking, LDK, sesi bersama PDRM, aktiviti riadah, bimbingan pengacaraan oleh founder Emcee Junior dan pelbagai lagi. Adalah diharapkan objektif kem ini dapat digarap oleh semua peserta. Berikut beberapa foto sepanjang program.

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT DISIPLIN DAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

Pada  Mac 2017, SMK Jalan Bukit telah dilawati oleh beberapa sekolah untuk Lawatan Penanda Aras Unit Disiplin dan unit Bimbingan dan Kaunseling. Sekolah yang terlibat adalah SMJK Yu Hua , SMK Engku Hussein dan SMK Bandar Baru Sg. Long. Rombongan di bawa melawat ke bilik disiplin Anjung D'MASA , bilik operasi Program Demi Masa, Bilik B&K, Laluan PPPDA dan sekitar sekolah. Berikut foto sekitar lawatan penanda aras tersebut :