Sunday, February 26, 2017

PROGRAM i DISCOVER+ INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY

PROGRAM i DISCOVER+ INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY
1MALAYSIA BERSAMA MEMBENTUK GENERASI BEBAS DADAH

Pada  25 Februari 2017 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menyertai Program i- Discover anjuran Kolej Universiti Antarabangsa Inti. Objektif program ini adalah untuk:
* Meningkatkan peratus pencapaian murid lulus SPM
* Mendedahkan pengetahuan kerjaya kepada murid dalam bidang         kejuruteraan dan pengurusan perniagaan.
* Membentuk generasi sekolah bebas penyalahgunaan dadah.

Seramai 75 orang murid tingkatan 5 dan 4 orang guru kaunseling telah mengikuti program ini yang bertempat di Kolej Universiti Antarabangsa Inti ,Nilai, Negeri Sembilan.

Aktiviti berbentuk ujian personaliti, bengkel dan latihan dalam kerjaya bagi membolehkan murid menyelami bidang kerjaya kejuruteraan dan pengurusan  perniagaan

Program bermula 8.00 pagi  sehingga pukul 3.30 petang dan turut dihadiri oleh 4 buah sekolah lain dari negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment