Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

MAJLIS APRESIASI PENGAWAS TINGKATAN 5 & PENYAMPAIAN SIJIL IKON MASA

Pada 1.11.2017 iaitu hari Rabu semasa aktiviti ko-kurikulum 7.30 - 8.20 pagi, telah diadakan satu majlis penyampaian sijil kepada pengawas tingkatan 5 dan penghargaan kepada Ikon Masa yang berjaya dalam program Demi Masa. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Pn. Hjh Roslina binti Che Omar. Penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada pengawas tingkatan 5. Banner majlis Ketua pengawas Muhammad Danial Iman Penolong ketua Pengawas 1 Lai Zhi Qi Penolong ketua pengawas 2 Dhanushruban   Penyampaian sijil dan button badge disematkan oleh Pengetua untuk Ikon Masa Sesi bergambar Pentadbir , guru disiplin dengan Pengawas tingkatan 5 Sesi bergambar Pentadbir, guru Disiplin dengan Ikon Demi Masa. Semoga majlis kali ini mencapai objektifnya. 

PROGRAM DEMI MASA

PROGRAM DEMI MASA 2016 Program Demi Masa ini merupakan program yang diberi pembugaran semula dengan penambahbaikan dari program sebelum ini iaitu Program SLET (Sifar Lewat Tegar). Program ini adalah cetusan idea mantan PK HEM En. Theng Kock Leing b ermula tahun 2014 yang objektifnya bagi mengatasi murid lewat ke perhimpunan yang sering menyebabkan data kehadiran lewat diambil. Rentetan itu, beliau menjana idea bagi merekod waktu kehadiran murid pada setiap hari dan dapat mengenalpasti hari murid tidak hadir sekolah. Program ini dikendalikan oleh Unit Disiplin di bawah seliaan Puan Mumtaz dan dibantu oleh guru-guru disiplin.           Objektif program ini adalah untuk: Melahirkan murid yang lebih menghargai masa; meningkatkan prestasi akademik murid; memperkukuh sikap positif; menjaga personaliti murid         Maklumat pelaksanaan program                      Tarikh               :           Sepanjang tahun              Masa               :

MAJLIS APRESIASI PENGAWAS 2017

MAJLIS APRESIASI PENGAWAS 2017 Pada 28 Oktober 2017, satu majlis istimewa bagi merai dan menghargai jasa pengawas sekolah yang telah banyak menyumbangkan khidmat bakti kepada sekolah. Majlis telah diadakan bertempat di Royal Chulan The Curve Damansara. Rombongan seramai 90 orang pengawas dan 10 orang guru termasuk dua orang pentadbir telah bersama-sama menggunakan pengangkutan MRT ke lokasi yang dijadualkan. Satu pengalaman yang menarik dan seronok ditempuhi oleh semua pengawas dan guru-guru juga pastinya. Selamat maju jaya buat semua pengawas tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Do the best.  Kepada semua pengawas terima kasih di atas semua jasa bakti dan khidmat kepada pihak sekolah. Semoga ilmu yang ditimba akan memberi manfaat kepada semua di masa akan datang.

AMALAN UNIVERSITI - SEKOLAH PENYAYANG

TENTATIF PROGRAM ×××××××××××××××××× 8.00 pagi : Bacaan Doa 8.10 pagi : Ucapan Alu-Aluan oleh Pn. Pengetua 8.20 pagi : Ucapan Wakil Delegasi  UKM 8.30 pagi : Upacara Menandatangani Surat Hasrat Untuk Bekerjasama (LOI) Tetamu Jemputan : Pn Nurul Badar Bt Mohd Saleh Pegawai SIP+ ( School Improvement Partner) Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & BULAN BAHASA

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & BULAN BAHASA 2017 Tarikh : 14 Ogos 2017 Tempat : Pentas di Dataran Ilmu, SMK Jalan Bukit Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan satu acara untuk menaikkan semangat Patriotik dalam kalangan murid di sekolah. Pelbagai aktiviti bertemakan Bulan Bahasa & Bulan Kebangsaan dijalankan dengan tujuan memberikan maklumat kepada murid betapa pentingnya erti sebuah kemerdekaan kepada Negara.  Penyertaan pelbagai aktiviti ini disertai oleh pelbagai kaum.

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT DISIPLIN - LEMBAGA PENGAWAS

Pada 8 September 2017, satu Lawatan Penanda Aras Unit Disiplin - Lembaga Pengawas telah diadakan di SMK (P) St.George Georgetown Pulau Pinang, Sekolah Berprestasi Tinggi KPM. Kumpulan sasaran adalah pengawas sekolah seramai 35 orang. Guru pengiring adalah Ketua Disiplin Pn. Mumtaz Bee binti Abdul Aziz, Pn. Azuli binti Zabidi, Penyelaras program iaitu guru SU Lembaga Pengawas Pn. Ainizam binti Kamaruzzaman, Cik Koon Choong Lin, Pn. Maslina binti Makmor dan Pn. Hayati binti Ahmad Sahimi..  Kumpulan sasaran adalah pengawas sekolah seramai 35 orang. Guru pengiring adalah Ketua Disiplin Pn. Mumtaz Bee binti Abdul Aziz, Pn. Azuli binti Zabidi, Penyelaras program iaitu guru SU Lembaga Pengawas Pn. Ainizam binti Kamaruzzaman, Cik Koon Choong Lin, Pn. Maslina binti Makmor dan Pn. Hayati binti Ahmad Sahimi.  Ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK (P) St. George; Pn. Ku Mariam binti Ku Iskandar. Penyerahan Sijil Jaringan Pendidikan iaitu MOU di antara dua sekola