Tuesday, November 29, 2016

Program Selepas PT3 Bersama Membentuk generasi Bebas Dadah


Program Selepas PT3 yang diselaraskan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dilaksana bersama unit kurikukulum dan unit kokurikulum bermula 14 Oktober2016 hingga  26 November 2016 . Program ini merupakan  usaha oleh pihak sekolah bagi merancang aktiviti-aktiviti selepas peperiksaan  berbentuk pengetahuan dan kemahiran . Objektif program adalah untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah disamping  meningkatkan pengetahuan kerjaya dan pembangunan sahsiah diri murid.Selain itu program ini juga memupuk rasa tanggungjawab dan sayang terhadap sekolah,  mencungkil potensi diri murid serta membentuk generasi bebas DARVIH.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah

*Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3 untuk murid-murid yang  tak hadir
*Bimbingan Permohonan online Sekolah Teknik dan Vokasional
*Projek mural unit kokurikulum
*Lawatan Hari Inovasi Nuklear Malaysia Bangi
* Sukan dan Permainan Dalaman
* Pertandingan Berirama PPDa
* Vle Frog
*Ceramah Teknik dan Vokasional
*Pemulangan buku teks
*Aktiviti Agama, Kerohanian Dan Moral
*Aktiviti PSS
*Senamrobik
* Aktiviti Projek Sains
* Aktiviti Survival
* Permainan Silang kata
   dsb.

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti  amat dihargai dan dapat diteruskan di masa hadapan. Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pentadbir,guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini.
Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.
Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah.

No comments:

Post a Comment