Wednesday, October 12, 2016

KARNIVAL TEKNIK DAN VOKASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT

Pada 11 Oktober 2016, kaunselor dan guru -guru Tingkatan 5 iaitu
Pn. Norliyanti, Pn. Suhaibah, Pn. Nik Arina dan Pn. Rosliza telah mengiringi seramai 170 orang murid Tingkatan 5 mengikuti Karnival Teknik Dan Vokasional Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat 2016 .

Program yang dianjurkan bersama oleh bahagian TVET PPD Hulu Langat dan MASTRO consultan adalah berkaitan pendedahan tentang bidang Kemahiran Kerjaya seperti pastri, solekan, dandanan, perfileman, keusahawanan dan sebagainya. Aktiviti berbentuk bengkel dan pameran serta dihadiri sekolah-sekolah di sekitar Hulu Langat.
Terima kasih atas usaha yang dilaksanakan.

'Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah'

'Sekolah Bebas Dadah'

No comments:

Post a Comment