Wednesday, October 12, 2016

KARNIVAL TEKNIK DAN VOKASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT

Pada 11 Oktober 2016, kaunselor dan guru -guru Tingkatan 5 iaitu
Pn. Norliyanti, Pn. Suhaibah, Pn. Nik Arina dan Pn. Rosliza telah mengiringi seramai 170 orang murid Tingkatan 5 mengikuti Karnival Teknik Dan Vokasional Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat 2016 .

Program yang dianjurkan bersama oleh bahagian TVET PPD Hulu Langat dan MASTRO consultan adalah berkaitan pendedahan tentang bidang Kemahiran Kerjaya seperti pastri, solekan, dandanan, perfileman, keusahawanan dan sebagainya. Aktiviti berbentuk bengkel dan pameran serta dihadiri sekolah-sekolah di sekitar Hulu Langat.
Terima kasih atas usaha yang dilaksanakan.

'Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah'

'Sekolah Bebas Dadah'

Tuesday, October 11, 2016

PERSEMBAHAN DAN PENILAIAN PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PERSEMBAHAN DAN PENILAIAN PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Pada 10 OKTOBER 2016,
Unit PPDa Sekolah Menengah Jalan Bukit
yang diketuai Pn Zurina Bt Zaini bersama kaunselor-kaunselor SMK Jalan Bukit telah menyertai Persembahan dan Penilaian PPDa peringkat negeri Selangor di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tahniah dan semoga berjaya .

'Bergerak senada d'Bukit di persada'

'Bersama membentuk generasi bebas dadah.'

VISI PPDa
*SEKOLAH BEBAS DADAH*

MISI :
-Menanamkan rasa cinta akan sayang pada diri sendiri.
-Memberi maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah,  arak,     
  rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS (DARVIH) serta aktiviti-aktiviti
  yang tidak bermanfaat yang boleh menjerumus murid ke
   perangkap dadah.
- Meningatkan semula warga sekolah tentang visi dan misi PPDa.
- Melahirkan warga yang bebas dadah.
- Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah dan komuniti
   dalam memerangi DARVIH