Thursday, September 15, 2016

Pelancaran dan Pertandingan 3K Ton 2016

Pelancaran dan Pertandingan 3K Ton telah diadakan pada hari khamis 28.7.2016.Acara ini berlangsung di SMK Jln Bukit dan sertai oleh murid-murid yang telah dipilih dari acara saringan sebelum ini.Sebelum pertandingan 3kTon bermula, murid-murid berkumpul dan beratur mengikut tingkatan masing-masing untuk guru menanda kedatangan mereka.Perhimpunan berlangsung pada pukul 7.30 pagi.Bagi pelajar sesi pagi, perhimpunan diadakan di dataran ilmu manakala sesi petang di gelanggang bola keranjang.Kemudian murid disusun mengikut rumah sukan masing-masing.Pertandingan dimulakan dengan Kejohanan Trek Padang, disusuli pertandingan kawad kaki seterusnya pertandingan senamrobik.Pelancaran karnival 3K Ton dilaksanakan oleh Pn pengetua Hjh Roslina bt Omar.Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan tamat pada pukul 1.30 tengahari.




No comments:

Post a Comment