Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Acara jemputan Sukan Tahunan SMK Dusun Nanding

Pada 24hb September 2016 pasukan olahraga SMK Jalan Bukit  telah dijemput menyertai acara jemputan sukan tahunan SMK Dusun Nanding. Smk Jalan Bukit telah mendapat tempat kedua bagi Kategori perempuan dan tempat ketiga bagi Kategori lelaki.

Majlis Penyerahan Kenaikan Pangkat KRS 2016

Tahniah dan syabas kepada ahli Kadet Remaja Sekolah kerana lulus Kursus Kenaikan Pangkat 2016. Anggota KRS tersebut ialah : SARJAN KRS MUHAMMAD FARID IKHMAN B. AZIZ SARJAN KRS AHMAD FAHIM B ABDUL RAZAK PEGAWAI WARAN 1 NUR IZZATI KQIYIESAH SYAHIRAH BT ABDUL JALIL PW1 akan mengikuti perkhemahan peringkat kebangsaan di Melaka, 28-30 September 2016

Pelancaran dan Pertandingan 3K Ton 2016

Pelancaran dan Pertandingan 3K Ton telah diadakan pada hari khamis 28.7.2016.Acara ini berlangsung di SMK Jln Bukit dan sertai oleh murid-murid yang telah dipilih dari acara saringan sebelum ini.Sebelum pertandingan 3kTon bermula, murid-murid berkumpul dan beratur mengikut tingkatan masing-masing untuk guru menanda kedatangan mereka.Perhimpunan berlangsung pada pukul 7.30 pagi.Bagi pelajar sesi pagi, perhimpunan diadakan di dataran ilmu manakala sesi petang di gelanggang bola keranjang.Kemudian murid disusun mengikut rumah sukan masing-masing.Pertandingan dimulakan dengan Kejohanan Trek Padang, disusuli pertandingan kawad kaki seterusnya pertandingan senamrobik.Pelancaran karnival 3K Ton dilaksanakan oleh Pn pengetua Hjh Roslina bt Omar.Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan tamat pada pukul 1.30 tengahari.

Pertandingan Silat Seni dan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Langat

Tahniah kepada pasukan Silat Gayung SMK Jalan Bukit kerana telah berjaya mendapat tempat di setiap pertandingan yang diadakan. Peserta telah memenangi silat dalam 3 kategori berikut iaitu: 1. Seni Jurus Silat Putera-Tempat ketiga 2. Seni Tempur Putera-Tempat kedua 3. Seni Tari Silat Putera- Tempat keempat Syabas!! Semoga Terus Berjaya di arena persilatan..🏆🏆🖒🖒

Johan Pertandingan Drama Sekolah Menengah PDHL dan Tempat Keempat Pertandingan Drama Sekolah Menengah Peringkat Negeti 2016

Tahniah dan syabas kepada pasukan drama Bahasa Inggeris SMK Jalan Bukit kerana telah mendapat Tempat ke 4 Pertandingan Drama Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2016 dan Johan Pertandingan Drama Sekolah Menengah Peringkat Daerah Hulu Langat 2016. Semangat kerjasama dan kesungguhan pasukan drama tersebut serta latihan dan tunjuk ajar guru-guru Panitia Bahasa Inggeris telah melayakkan pasukan ini bertanding di peringkat negeri.Tahniah diucapkan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga d'bukit yang lain.🖒🖒🎖🎖🏆🏆

Kejohanan Merentas Desa Larian Sihat Tanpa Dadah Kali Ke 50 2016

Pada 5 Mac 2016 yang lalu,satu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan di Taman Pertanian Universiti,Universiti Putra Malaysia. Larian yang bertemakan "Larian Sihat Tanpa Dadah" telah diadakan untuk Kali yang Ke50 yang disertai oleh murid-murid SMK Jalan Bukit,Kajang. Larian tersebut terbahagi kepada beberapa Kategori iaitu Kategori Lelaki dan Perempuan bawah 18 Tahun dan Kategori Lelaki dan Petempuan bawah 15 tahun. Pertandingan yang julung kali diadakan diadakan di Taman Pertanian Universiti ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru ahli olahraga dan juga untuk melahirkan murid yang sihat dan cergas.

Pertandingan Kangaroo Math Competition

Pertandingan Kangaroo Maths Competition adalah pertandingan matematik antarabangsa yang disertai oleh 69 buah negara. Pertandingan telah dijalankan pada 24 Mac yang disertai oleh 32 orang peserta.20 dalam kategori "Student" dan 12 dari kategori "Junior". 10 orang telah berjaya mendapat sijil penghargaan dan 5 orang berjaya mendapat pingat. Senarai pemenang pingat ialah: Kategori Junior 1)Ong Jia Chong-Emas 2)Leong Zhen Hui-Perak 3)Lim Yi Qi-Gangsa Kategori Student 1) Leong Xian Jun-Gangsa 2) Chew Yee Henn-Gangsa

Perhimpunan Rasmi Yang Dikendalikan oleh Persatuan Badan Beruniform

Bermula pada bulan Mac 2016 sehingga September 2016,Persatuan Badan Beruniform telah mengendalikan perhimpunan rasmi yang diadakan pada hari Isnin. Perhimpunan tersebut dikendalikan sekali dalam setiap bulan. Persatuan Badan Beruniform yang terlibat ialah Kadet Remaja Sekolah,Kadet Bomba,Ranjer Puteri,Kadet Polis,St.John Ambulan,Pengakap dan Puteri Islam. Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab,berdisiplin dan bekerjasama dikalangan ahli-ahli Persatuan Badan Beruniform di SMK Jalan Bukit.