Thursday, July 21, 2016

PROGRAM EKSPLORASI ALAM KERJAYA

Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan PROGRAM EKSPLORASI ALAM KERJAYA dari 11Julai 2016 hingga 15 Julai 2016

Objektif Program Eksplorasi Alam Kerjaya adalah untuk:

*Memberi pendedahan dan pendidikan kerjaya kepada para  
  pelajar mengenai peluang dan ruang kerjaya yang wujud di 
  sekitar mereka.

*Menanamkan minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap 
  sesuatu bidang kerjaya.

*Memberi maklumat yang bernilai berkenaan bidang kerjaya
  yang diminati oleh pelajar, dengan itu mereka dapat membuat
  perancangan awal dan menetapkancita-cita kerjaya untuk
  persediaan masa hadapan.

*Membentuk generasi pelajar cemerlang tanpa dadah .

Pengisian program adalah ceramah kerjaya, bengkel kerjaya dan pameran kerjaya.

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pentadbir , guru-guru dan Pembimbing Rakan Sebaya serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan program ini.

d'Bukit Bebas DARVIH
Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
Bergerak Senada d 'Bukit di Persada.