Friday, June 3, 2016

PERKAMPUNGAN ILMU 2016

Perkampungan Ilmu pada 31Mei dan 1Jun 2016

PAMERAN ANTI DADAH

Sempena Minggu Pusat Sumber, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah diundang untuk membuat pameran Anti dadah. Pameran selama 3 hari bermula 28/3-30/3 dilaksana utk ke dua-dua sesi persekolahan pagi dan petang. Aktiviti Unit PPDa berbentuk pameran  poster anti dadah, penulisan sokongan murid dan menurunkan tandatangan sebagai sokongan bersama membentuk generasi bebas dadah . Tahniah kepada semua warga sekolah SMKJB yang prihatin terhadap visi  PPDa 'Sekolah Bebas Dadah'.

Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah
Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.

Wednesday, June 1, 2016

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN PERALIHAN dan TINGKATAN 1

Program Orientasi Murid-murid Peralihan & Tingkatan 1 Sesi 2016 yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Unit Disiplin di bawah bidang HEM bermula 4 Januari hingga 6 Januari 2016.

Program ini telah disusun dan dijalankan sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah yang wajib dilaksanakan oleh UBK. Ianya bertujuan mencapai objektif program yang berperanan menyediakan murid-murid dengan persediaan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi & jasmani bagi menghadapi proses pembelajaran  dalam persekitaran yang baharu bagi
menyesuaikan diri murid dalam suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Persediaan awal yang mantap amat perlu bagi menjana dan melahirkan murid-murid yang cemerlang. Ia juga sebagai pemangkin murid untuk hadir ke sekolah dengan perasaan yang ceria di samping meningkatkan ilmu pengetahuan, pendedahan maklumat kerjaya dan pembangunan sahsiah diri mereka.

Antara aktiviti-aktiviti sebagai pengisian program adalah seperti berikut :
* Ucapan Penolong Kanan Petang
* Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
* Ucapan Penolong Kanan Akademik
* Ucapan Pengetua
* Taklimat Penyelaras Program Orientasi Tingkatan Peralihan & Tingkatan 1
* Taklimat Ketua Guru Disiplin Sesi Petang
* Pemeriksaan Kekemasan Diri Murid
* Pengurusan kelas
* Program Transformasi Diri Murid: "Memperkasa Buku Mata Pena d'Bukit"
* Slot 'Dengarlah Sayang'
* Slot "Love You SMKJB"
   - Nyanyian Lagu Sekolah

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti sepanjang Minggu Orientasi 2016 ini amat dihargai dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada masa hadapan.

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. 
Membentuk Generasi Cemerlang Tanpa Dadah.
"Bergerak Senada d'Bukit d'Persada".