Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

LAWATAN PENANDA ARAS

Unit Pusat Sumber SMK Jalan Bukit telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Cemerlang SMK Syahbandaraya, Klang pada 27 April 2016 , Rabu. Lawatan tersebut melibatkan 40 orang pengawas Pusat Sumber Sesi pagi dan petang dari Tingkatan 1 hingga 5. Bermula jam 8 pagi dan sampai di SMK Syahbandaraya, Klang pada jam 9.15 pagi, kami telah disambut oleh warga sekolah tersebut dengan meriah. Rombongan lawatan kami dibawa ke Bilik Seminar dan kami diberi taklimat tentang Pusat Sumber Cemerlang SMK Syahbandaraya yang disampaikan oleh Guru Perpustakaan dan Media sekolah tersebut iaiti Puan Norul Ain. Selesai sesi taklimat, acara menandatangani MOU antara Pusat Sumber Cemerlang SMK Syahbandaraya dan Pusat Sumber SMK Jalan Bukit telah diadakan. Tepat jam 11 pagi, kami di bawah melawat sekitar sekolah dan juga Pusat Sumber Cemerlang. Lawatan berakhir pada jam 3.00 petang. Objektif lawatan adalah 1. Mempelajari cara pengurusan dan pentadbiran pusat sumber yang betul. 2. Memberi pen

PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Pada 25 April 2016 (hari Isnin), Unit PSS dan Unit Nilam telah menyahut seruan KPM dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor untuk menyertai Program Jom Membaca Bersama 10 Minit. Program ini telah bermula tepat pada jam 11 pagi hingga 11.10 pagi. Ia melibatkan seramai 1150 orang murid Tingkatan 3, 4 dan 5, 68 orang guru sesi pagi, staf sekolah dan pengawal keselamatan di sekolah. Program Jom Membaca Bersama 10 Minit ini meliputi seluruh kawasan sekolah iaitu di dalam kelas, bengkel Kemahirab Hidup, Makmal Sains, Bilik khas Matematik, Bilik Kaunseling, Pejabat, Pondok Jaga, Perpustakaan, Koperasi dan sekitar sekolah. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa aktiviti membaca sangat penting untuk menambah ilmu pengetahuan dan merupakan satu budaya yang perlu ditekankan dalam kehidupan. Hal ini kerana amalan membaca dapat menjauhkan warga sekolah daripada budaya yang sia-sia. Bersesuaian dengan slogan Membaca Amalan Mulia, warga sekolah digalakkan meng

MAJLIS PENUTUPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA,MINGGU PUSAT SUMBER DAN PPDa

Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pusat Sumber dan PPDa 2016 telah diadakan pada 18 April 2016. Objektif majlis penutupan adalah 1.  Memberi penghargaan kepada murid-murid yang layak 2. Menggalakkan murid-murid menyertai pertandingan 3. Mendedahkan murid-murid tentang bahaya dadah 4. Menerap budaya membaca dalam kalangan murid-murid 5. Memberi semangat daya saing dalam mencapai kejayaan 6. Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber sebagai gedung ilmu Majlis diadakan pada waktu perhimpunan jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 9.00 pagi melibatkan semua murid Tingkatan 3, 4 dan 5 serta semua guru. Majlis penutupan dirasmikan oleh Puan Pengetua sendiri, Puan Hajah Roslina bt Che Omar. Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pusat Sumber dan PPDa 2016 bagi sesi petang pula dirasmikan oleh Penolong Kanan petang, Puan Hamidah bt Abdul Latif. Majlis diadakan pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 6.40 petang. Majlis dikendalikan sepenuhnya oleh Unit PSS dan Unit Nila

PROGRAM GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 9 April 2016, Unit PSS telah mengadakan Program Gotong Royong Siri 1/2016. Program ini diadakan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Ia melibatkan 4 orang guru Pusat Sumber dan 30 orang pengawas PSS Sesi Pagi dan Petang. Agenda gotong royong tersebut adalah seperti berikut ; 1. Membuat susun atur ruang terbuka di perpustakaan 2. Menghias ruang kaunter sirkulasi perpustakaan 3. Membersihkan ruang terbuka perpustakaan 4. Melukis mural di perpustakaan 5. Menggantung kata- kata hikmah di dinding perpustakaan 6. Menghiasa ruang terbuka perpustakaan Objektif program ; 1. Mewujudkan suasana perpustakaan dalam keadaan bersih dan kemas 2. Memastikan keselesaan pengguna semasa berada di perpustakaan 3. Menggalakkan pengguna kerap berkunjung dan menggunakan perpustakaan untuk aktiviti akademik 4. Memudahkan pengguna mendapat sumber maklumat di perpustakaan 5. Memastikan perpustakaan memainkan peranan dalam menyalur sumber maklumat yang berguna kepada pengguna

Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah selangor

Saudara Leong Xian Jun telah mengharumkan SMK Jalan Bukit dengan mendapat JOHAN Kategori Berpasukan Bawah 18 tahun Lelaki dalam Kejohanan Catur Majlus Sukan Selangor pada 20 hingga 21 April 2016 di Sekolah Menengah Seri Puteri di Cyberjaya.Syabas!!

BENGKEL KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2016

BENGKEL KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2016 Bengkel Kepimpinan Kokurikulum telah berlangsung pada 25 Februari 2016 dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang di SMK Jalan Bukit , anjuran Unit Kokurikulum sekolah. Àntara objektifnya adalah untuk memberi garis panduan dalam konteks penambahbaikan susunan dan atur cara pengurusan kelab, persatuan dan badan beruniform serta membangunkan potensi kendiri secara seimbang dan menyeluruh dalam diri mereka. Bengkel ini telah dihadiri oleh 149 AJK tertinggi setiap kegiatan kokurikulum sesi pagi dan sesi petang tahun 2016. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan Bengkel tersebut amat dihargai. Ribuan terima kasih daripada Unit Kokurikulum kepada semua yang terlibat. Kokurikulum Cemerlang d'Bukit Gemilang

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat

🌺Tahni ah kepada Pn.Jayanthi Pn.Koh,Pn. Hamimah  dan Pn. Sharizawati kerana telah berjaya membimbing pasukan drama Bahasa Inggeris sehingga menjadi Johan peringkat Daerah Hulu Langat..Pelakon terbaik juga telah dinobatkan kepada saudara Nathaniel Tingkatan 5 Arif..Tahniah!👏👏👏👍👍👍💐💐💐

Karnival BahasaTamil

Tahniah Pn Selvarani, En . Subra dan Pasukan Karnival Bahasa Tamil kerana telah mendapat tempat Naib Johan Daerah. Berikut adalah pencapaian pasukan : Johan perbahasan Pemidato terbaik daerah Johan kholam Naib johan deklamasi sajak menengah rendah 👏👏👏💐💐💐

Deklamasi Sajak Bahasa Cina Peringkat Daerah Hulu Langat

Tahniah kepada Pn Lam serta peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Kejohanan olahraga MSSS

Tahniah kepada Pn. Santhana Marry selaku Jurulatih kepada pasukan olahraga yang telah mewakili Daerah Hulu Langat di dalam Kejohanan Olahraga MSSS. Keputusan keseluruhan ialah Daerah Hulu Langat mendapat tempat ke-4. SMK Jalan Bukit telah berjaya mendapat ranking ke-3 dalam negeri Selangor. Pencapaian atlet sekolah adalah seperti berikut: - 1.Justin - pingat gangsa 10km Jalan Kaki - 2.Kiishotaran -Ke-4 800m (telah menyumbang satu mata utk team HL) 3.Laura- pingat perak 5km Jalan Kaki 4.Hana- pingat emas 100m lari berpagar              -pingat emas untuk 200m Lari Berpagar                  (rekod baru kejohanan)              -pingat emas utk lompat jauh              -pingat perak utk 4x100m. Tahniah dan Syabas diucapkan 👏 👏 👏 👍🏼👍🏼👍🏼💐💐💐

Kursus Kepimpinan Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan Sesi 2016

Kursus Kepimpinan Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan Sesi 2016 telah dijalankan pada 9 April 2016. Program Kursus Kepimpinan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan merupakan salah satu daripada program-program yang dirancang oleh Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Badan Disiplin SMK Jalan Bukit. Program ini diharapkan dapat mencapai objektif berikut: *Melahirkan peserta-peserta yang berketrampilan, berdisiplin serta mampu membina jati diri yang berkarisma sebagai Pemimpin Masa Depan Yang Unggul. *Memberi pendedahan ilmu yang bermanfa’at kepada semua peserta untuk menjadi pemimpin yang jujur serta ikhlas dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. *Menggalakkan ketua dan penolong ketua tingkatan supaya celik akal, berfikir secara positif dan sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang boleh dipercayai dan dicontohi oleh rakan sekelas serta rakan sebaya yang lain. *Menjana keyakinan diri dalam kalangan ketua dan penolong ketua tin

Peraduan NIE anjuran The Star bersama Taylor's University Lakeside Campus

Murid-murid yang berminat untuk mengambil bahagian hubungi guru Bahasa Inggeris untuk menyertai pertandingan tersebut.

Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL)

P ada 6 April 2016, seramai 4 orang murid SMK Jalan Bukit yang terdiri daripada Chen Kar En,Kaesvin A/L Chandran,Leong Xian Jun dan Soon Wei Soong telah menyertai Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL) di SMK Taman Tasik. Peserta daripada SMK Jalan Bukit juga telah berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori bawah 18 tahun. Salah seorang peserta iaitu Leong Xian Jun telah mendapat tempat ke 7 daripada 110 rang peserta. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan Koh Kim Choo  atas kejayaan anak didik beliau. Syabas! D'Bkit Hebat.  

Pertandingan Catur Terbuka SMK Jalan Bukit 2016

P ada 12 Mac 2016 yang lalu, Kelab Permainan Catur telah menjalankan Pertandingan Catur Terbuka SMK Jalan Bukit 2016. Seramai 22 orang peserta dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Blok Harmoni SMK Jalan Bukit dan diadakan sebanyak 5 pusingan. Pertandingan yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Pemenang pertandingan tersebut telah menerima piala kemenangan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Jalan Bukit Puan Hajah Roslina Binti Che Omar.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan

Pasukan Badan Beruniform St John Ambulance telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan pada: Tarikh          :  16-17 Mac Masa            :  8.00-6.00 petang Tempat         :  Pusat Latihan Kor Polis Tentera,Kem Genting Klang Setapak, Kuala Lumpur Penyertaan   :  4 pelajar St John Pencapaian   : Peringkat Kebangsaan

Ceramah kesihatan talasemia,HIV dan remaja sihat

Persatuan Badan Beruniform St John Ambulance telah mengadakan aktiviti Ceramah kesihatan talasemia,HIV dan remaja sihat pada 17 Februari 2016 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi.Aktiviti tersebut telah dijalankan di Dataran ilmu dan disertai oleh semua murid Tingkatan 4.

Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah Tahun 2016

Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah Tahun  2016 telah diadakan pada 2 Mac di Bukit Ekspo UPM anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seramai 4 orang peserta dan seorang guru pengiring daripada Kelab Koperasi dan Pengguna SMK Jalan Bukit telah menyertai pertandingan tersebut.  Objektif pertandingan tersebut adalah untuk:                                                                                 1. Mendidik menyedarkan luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di                   kalangan pelajar.                                                                                                                           2. Mengembangkan daya kreatif inovasi , mengukuhkan jaringan kerjasama dan                 potensi diri serta membentuk generasi pengguna bermaklumat. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.

Karnival Dakwah Majlis Tilawah Al Quran

Karnival Dakwah Majlis Tilawah Al Quran peringkat zon tengah 2016 telah diadakan pada Tarikh  :  26 april 2016 Masa   :  8.00 pagi - 2.00 petang Tempat : SMK SAAS Guru pengiring 1. Pn Rusniza bt Mohammad 2. Pn Radhiah bt Udris Peserta 1. Tilawah lelaki : Nur Fattahillah bin Mohd Rashidi 3ab 2. Tilawah perempuan: Nur Atiqah Adiba bt Azman 5c 3. Hafazan lelaki : Nuhammad Afiq bin Mohamad Anizar 2ab 4. Hafazan pp : Nur Farahiyah Edlina bt Kamaruddin 3ab 5. Syarahan spontan lelaki : Muhammad Zairizal bin Abdullah 5e 6. Syarahan spontan pp : Noor Zihan bt Md Yusof 4b 7. Nasyid - Muhammad Firdaus bin Mohd Romeli 2ab - Ahmad Haris bin Ahmad Radzuan 2ab - Tall Muhammad Haziq  2ab - Wan Muhd Asyraf bin Wan Fadli 2ab Peserta hafazan pp Nur Farahiyah Edlina bt Kamaruddin 3ab berjaya mendapat tempat ketiga Tahniah dan syabas diucapkan kp semua peserta SMKJB. Ucapan terima kasih kp semua pentadbir dan rakan2 guru yg memberi sokongan dan membntu melatih peserta. Moga usaha murni

PROGRAM KILAUAN MUTIARA

Program Kilauan Mutiara  anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dijalankan pada 16 Februari dan 17 Februari 2016 untuk Tingkatan 4,  22 Mac hingga 25 Mac 2016 untuk Tingkatan 3 , 28 Mac hingga 31 Mac 2016 untuk Tingkatan 5. Objektif Program ini adalah untuk memantapkan perkembangan diri murid supaya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan . Modul yang dilaksanakan dalam program ini meliputi tajuk-tajuk kemahiran belajar, potensi dan personaliti  diri, motivasi dan pembangunan sahsiah diri. Unit Bimbingan dan Kaunseling yang dapat menjalinkan kolaborasi yang baik dengan pelbagai institusi, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kpd Kolej  New Era ,Kolej Taylor ,Kolej Inti , Kolej Portman dan Kolej Despark di atas sumbangan demi menjayakan program ini serta penghargaan kepada pentadbir,  guru-guru dan anak-anak PRS  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Bersama Membentuk Generasi Bebas Dadah Bergerak Senada d'Bukit d