Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Kem Kepimpinan Pengawas PSS, SPBT dan Koperasi 2016

Kem Kepimpinan Pengawas PSS, SPBT dan Koperasi 2016 telah diadakan pada 11 dan 12 Mac 2016 di Kem Raudah, Jalan Bentong Lama, Gombak anjuran Pusat Sumber SMK Jalan Bukit dan unit HEM. Seramai 103 orang peserta dan 6 orang guru pengiring terlibat dalam Kem tersebut. Objektif kem adalah untuk melahirkan pengawas yang berkepimpinan tinggi dan memupuk semangat jati diri yang kuat agar menjadi seorang yang bersedia menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang. Kem bermula pada 11 Mac 2016, Jumaat pada jam 4.00 petang dan berakhir pada 12 Mac 2016, Sabtu pada jam 4.30 petang. Pengisian sepanjang kem dua hari satu malam adalah seperti berikut : Hari Pertama 1. LDK 1 - Pengenalan diri, pembahagian kumpulan 2. LDK 2 - Jati diri 3. LDK 3 - Kepimpinan 4. Night Walking Hari Kedua 1. Kuliah Subuh bagi peserta Islam 2. Santai Pagi bagi peserta bukan Islam 3. LDK 4 - Botol Pecah 4. Senamrobik 5. Jungle Tracking 6. LDK 5 - Kapal Tenggelam 7. Majlis Penutupan dan penyampaian hadi

MAJLIS KOLABORASI UNIT HAL EHWAL MURID

Majlis Kolaborasi Unit Hal Ehwal Murid telah berlangsung pada 29 Februari 2016.Majlis julung kali ini mengabungkan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah, Pelancaran PPDa dan Program Jom Ke Sekolah serta Perasmian Bilik  Anjung d'MASA (Disiplin) yang merupakan unit-unit di bawah Hal Ehwal Murid. Pemimpin muda sekolah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ),Pengawas Koperasi dan Pengawas SPBT . Pelancaran Program Pencegahan Dadah (PPDa) dan Program Jom Ke Sekolah adalah program di bawah Unit  Bimbingan dan Kaunselingg SMKJB. Perasmian Bilik Displin iaitu Anjung d'M.A.S.A (Masih Ada Yang Sayang ) Objektif Majlis Kolaborasi Unit HEM *Mengiktiraf bakat kepimpinan murid dalam bidang            tugas masing-masing, *Mewujudkan sekolah bebas dadah, *Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, *Merasmikan bilik Anjung d'M.A.S.A Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti  amat dihargai dan dapat diteruskan di masa hadapan. Jawatank

Karnival Keusahawanan d'Bukit 2016

Atas inisiatif untuk membantu pihak sekolah bagi mengumpul dana demi pembangunan sekolah pihak PIBG SMK Jalan Bukit telah menganjurkan program Karnival Keusahawanan d'Bukit pada hari Sabtu 30 Januari 2016 yang lalu. Karnival yang berlangsung selama sehari itu telah berjaya menyaksikan kehadiran segenap warga komuniti setempat. Kehadiran Yang Berbahagia Datuk Dr Haji Mohd Fathil Bin Daud( Ketua UMNO Bahagian Serdang) sebagai tetamu kehormat telah menyempurnakan acara melalui ucapan perasmian yang telah disampaikan. Hadir bersama ialah Tuan Haji Mat Jah Bin Roslan SIS(Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat), Puan Roslina Binti Che Omar (Pengetua SMKJB) dan Puan Gulunara Bibi Bt Noor Mohammed ( YDP PIBG SMKJB). Karnival yang berlangsung selama sehari itu telah terisi dengan pelbagai aktiviti permainan, pameran dan jualan makanan serta minuman. Sesungguhnya dengan kehadiran ramai pengunjung karnival ini dapat merealisasikan tema yang ditetapkan iaitu Komuniti Bersatu Menuju Kecemerlang