Monday, February 29, 2016

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 SMKJB

Mesyuarat Agung Kali Ke-40 PIBG SMK Jalan Bukit telah diadakan pada hari Sabtu 27 Februari 2016 bertempat di Dewan Ilmu SMK Jalan Bukit. Tema majlis pada kali ini ialah Cakna Waris Dan Komuniti Ke Arah Kemajuan Bersama. Menyerikan lagi acara Yang Berbahagia Dato' Makiman Bin Kobiran ( Timb Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat) telah sudi hadir merasmikan majlis pada kali ini. Sempena mesyuarat kali ini pihak PIBG SMKJB telah sudi menyampaikan penghargaan kepada beberapa pihak iaitu Penerima Anugerah Karnival Keusahawanan d'Bukit 2016, Para penyumbang bagi usaha-usaha pembangunan infrastruktur SMKJB, Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2015/2016 dan kepada para pentadbir SMKJB. Mesyuarat Agung diteruskan dengan sesi lantikan AJK PIBG Sesi 2016/2017 dan perbincangan usul. Menutup tirai atur cara ialah sesi cabutan bertuah yang diadakan terbuka kepada semua ibu bapa, waris dan guru.

Sunday, February 28, 2016

Program Motivasi Pelajar Islam 2016

Program motivasi pelajar Islam 2016 adalah kerjasama antara Panitia Pendidikan Islam, Unit Kaunseling dan Badan Disiplin.
Program bermula 22 Februari 2016 utk sesi petang dan 23 hingga 24 Februari 2016 untuk sesi pagi.
Konsultan yang dijemput ialah Encik Airol Irwan Bin Limin dari Pro Rev Consultancy & Servis, Shah Alam.
Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kemudaratan yang bakal dihadapi oleh pelajar jika tersalah memilih kawan dan tersilap menentukan hala tuju kehidupan.
Perasmian penutup disempurnakan oleh En Lokfi Bin Haji Idris Penolong Hal Ehwal Murid SMK Jalan Bukit.
Kerjasama semua guru yang terlibat amat dihargai, moga diberi ganjaran syurga di akhirat nanti.
d'Bukit Bebas Dadah

Friday, February 26, 2016

Gotong Royong Kali Pertama 2016


Gotong royong telah dijalankan pada w1 hingga w4 26 Feb 2016 melibatkan aktiviti berikut:
1. Melengkapkan papan info kokurikulum - Ketua Guru Penasihat Kelab Persatuan, Pertubuhan Badan Beruniform dan Kelab Permainan.
2. Mengecat dinding2 tangga di blok bangunan dan kawasan yang telah ditetapkan
3. Membersih dan membantu menceriakan Dewan Ilmu dan Bilik Disiplin serta kawasan sekitarnya.

Guru dan murid-murid diberikan jadual tugas dan pembahagian kawasan mengikut persatuan masing-masing.

Wednesday, February 24, 2016

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS BESTARI

Kem Kepimpinan Pengawas Bestari yang dilaksana oleh Lembaga Pengawas HEM bermula 7.30 pagi 20 Feb 2016 hingga12.00 tengahari 21 Feb 2016.

Program ini dilaksana selaras dengan aktiviti sekolah disamping menjayakan objektif program iaitu meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan dalam mengendalikan kes disiplin.

Pengisian program adalah seperti berikut :
1) sesi ta'aruf
2) latihan dalam kumpulan
3) 10 modul kepimpinan
4) slot pementasan
5) refleksi
6) majlis penutup oleh PK HEM

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti  amat dihargai dan dapat diteruskan di masa hadapan. Lembaga Pengawas Unit HEM mengucapkan terima kasih kepada pentadbir,guru-guru disiplin sesi pagi dan petang yang menjayakan program ini.
 Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.

Muhasabah Putera Puteriku Sayang

Program motivasi pelajar islam 2016 adalah kerjasama antara panitia pendidikan islam, unit kaunseling dan badan disiplin.
Program bermula 22 februari 2016 utk sesi petang dan 23 hingga 24 februari 2016 untuk sesi pagi.
Konsultan yang dijemput ialah Encik Airol Irwan bin Limin dari Pro Rev Consultancy & Servis, Shah Alam.
Tujuan program adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kemudaratan yang bakal dihadapi oleh pelajar jika tersalah memilih kawan dan tersilap menentukan hala tuju kehidupan.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Pn Norkhaliza bt Abdul Jalil, Penolong Kanan SMK Jalan Bukit.
Kerjasama semua guru yang terlibat amat dihargai, moga diberi ganjaran syurga di akhirat nanti.