Friday, January 15, 2016

Mesyuarat Agung Kokurikulum SMKJB 2016

Mesyuarat Agung Kokurikulum SMKJB 2016 telah dijalankan pada hari Rabu 13 haribulan Januari 2016.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dan medapat kerjasama yang cemerlang daripada guru-guru dan pelajar-pelajar.

Program Orientasi Tingkatan 4

Program Orientasi Tingkatan 4 yang dilaksana oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bermula 4 Januari 2016 hingga 6 Januari 2016. Program ini dilaksana selaras dengan aktiviti sekolah disamping menjayakan objektif program yang berperanan menyediakan murid untuk proses pembelajaran dalam suasana yang kondusif.Persediaan awal yang mantap dari segi emosi,mental dan fizikal secara seimbang amat perlu bagi menghasilkan murid yang cemerlang tanpa dadah. Ia juga sebagai pemangkin  murid hadir ke sekolah disamping  meningkatkan pengetahuan kerjaya dan pembangunan sahsiah diri murid.
Pengisian program adalah seperti berikut :
*Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
*Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
*Ucapan Penolong Kanan Akademik
*Ucapan Pengetua
*Taklimat Penyelaras Program Orientasi Tingkatan 4
*Taklimat Penyelaras Tingkatan 4.
*Spot Check
*Pengurusan kelas.
*Program Cermin Diri
*Pendaftaran aktiviti kokurikulum

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti  amat dihargai dan dapat diteruskan di masa hadapan. Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada pentadbir,guru-guru untuk menjayakan program ini
      d'Bukit Bebas Dadah
Bergerak Senada d'Bukit d'Persada