Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Majlis PRS

Majlis PRS ‘Perfect,Resourceful,Successful' SMK Jalan Bukit Kajang telah berlangsung  pada13 Ogos 2015 di  PICC, Putrajaya . Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf bakat , kepimpinan dan jasa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kerana banyak membantu menjayakan pelbagai aktiviti sekolah. Majlis bermula dengan nyanyian lagu PRS dikuti ucapan Pn Roslina Bt Che Omar, Pengetua SMKJB. Beliau mengucapkan syabas kepada para PRS yang telah banyak membantu sekolah dalam menjayakan aktiviti sekolah.  Beliau turut mengharapkan agar PRS meneruskan usaha mereka dan sentiasa bersedia membantu sekolah pada setiap keperluan yang menuntut bakat dan kepimpinan mereka. Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti PRS sepanjang tahun, penyampaian sijil dan cabutan bertuah. Unit Bimbingan dan kaunseling mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua,YDP PIBG,PK Petang,barisan GKMP dan Pn Hafzaidah kerana membuka kelapangan bagi memenuhi jemputan utk menghargai  anak PRS SMKJB dan