Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Perutusan Hari Guru 2015

Majlis membaca Perutusan Hari Guru 2015 yang bertema Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Puan Hajah Roslina Che Omar pada pagi 18 Mei 2015 dengan dihadiri oleh semua murid dan guru.

Program Kasih Ilmu

Pada 6 Mei 2015 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kolej Portman telah menganjurkan Program Kasih Ilmu. Program ini bertujuan memberikan suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar aliran sastera dan MPED. Pengisian program ini terdiri daripada aktiviti 'energizer' dan Latihan Dalam Kumpulan. Program yang dikelola oleh pelajar-pelajar dari Kolej Portman ini mengendali program kepada160 orang murid dari kelas 5A1,5A2 , 5A3,5A4 dan 5 MPED. Di akhir program ini Pn Roslina Bt Che Omar (Pengetua SMKJB) mengingatkan para pelajar sentiasa menjaga kekemasan diri , memastikan diri sendiri hadir ke sekolah setiap hari persekolahan seterusnya meningkatkan usaha mulai hari ini untuk mendapatkan sijil SPM .  Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Kolej Portman, pihak pentadbir, guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yg secara langsung dan tidak langsung telah menjayakan program ini. Bergerak senada d'bukit d'persada.

Program AISEC

Pada 28 April 2015 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pasukan AIESEC UKM telah menganjurkan Program AIESEC. Objektif program ini ialah untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu alam sekitar dan keperluan kitar semula bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap persekitaran .  Program ini dikelola oleh fasilitator dari Malaysia,India, Egypt dan Vietnam yang meminta semua pelajar untuk menghargai keamanan kerana peperangan lebih membawa kepada kemusnahan alam sekitar. Kehadiran 5 orang fasilitator dari luar negara telah memberi pendedahan kepada murid.-murid tentang kebudayaan negara lain. Seramai 120 orang murid dari kelas 4SN1,4SN2,4ST dan 4AK telah menyertai program ini. Pengisian program, terdiri daripada ceramah ,tayangan video dan Latihan Dalam Kumpulan  Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Pasukan AIESEC UKM, pihak pentadbir, guru-guru , Pembimbing Rakan Sebaya dan individu yang secara langsung dan tidak langsung tela

Penyampaian hadiah pertandingan menulis esei ASEAN

Penyampaian hadian bagi pertandingan menulis esei bertajuk ASEAN diadakan pada 6 Mei 2015. Pemenangnya adalah spt berikut: Johan Naib Johan Tempat Ketiga

Majlis Penetapan Target 2015

Serentak dengan Hari Temu Mesra pada Sabtu yang lepas, Majlis Penetapan KPI setiap subjek untuk setiap kelas tingkatan 3 dan tingkatan 5 tahun 2015 juga telah diadakan. Penetapan KPI ini selari dengan KPI SMKJB iaitu untuk meningkatkan GPS ke 4.9 dan seterusnya kembali mencapai Band 4.