Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Hari Temu Mesra 1/2015

Pada hari Sabtu yang lalu 25 April 2015 telah diadakan hari pertemuan antara ibu bapa dan guru bagi membincangkan prestasi dan target anak-anak SMKJB. Sekalung terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir bagi menandakan anda cakna pelajaran anak-anak anda. 

Kami Sentiasa Menuju Persada

Rentetan daripada kemenangan di Peringkat Zon Kajang, pada 23/4/15 pasukan drama Bahasa Inggeris SMKJB telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan Peromgkat  Daerah Hulu langat 2015 dan 'Best Actor Award' dirangkul oleh Roshhan a/l Mathivanan dari 5 Sains 1. 

Program Pameran Kerjaya

Pada 15 April 2015 Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan Program Pameran Kerjaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang-peluang pendidikan di IPTA dan IPTS yang terdapat di dalam negara dan seterusnya mendapatkan maklumat kerjaya demi perancangan awal utk masa hadapan. Sebanyak 18 IPTS dan IPTA telah menyertai pameran yang mendapat sambutan baik daripada para pelajar tingkatan 4 dan 5. Pujian diberikan oleh pihak konsultansi yang telah mengurus program ini selama 3 tahun di SMK Jalan Bukit bahawa mutu pelajar-pelajar SMKJB tahun ini lebih baik, begitu menghargai dan berusaha mencari maklumat sebaikya. Pameran ini turut dikunjungi oleh YDP PIBG, Pn Gulunara Bibi beserta SU PIBG, Pentadbir dan guru-guru. Seuntai kata YDP PIBg memuji program ini sangat bagus kerana pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang peluang-peluang pendidikan dan dan prospek kerjaya masa hadapan. Unit Bimbingan dan Kaunseling meng

Program Dirimu Sangat Berharga

Pada 17 April 2015 Panitia Moral bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Dirimu Sangat Berharga. Program ini secara umumnya mendedahkan kepada semua pelajar isu pembuangan bayi menerusi Pameran yang dikelola oleh pelajar MMU. Aktiviti ceramah pula bertujuan untuk membantu murid-murid sasaran mengenal diri,menghargai diri dan membina matlamat diri . Program ini turut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin agar melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi secara menyeluruh. Pengisian program ini terdiri daripada pameran ,tayangan video dan ceramah. Penceramah dalaman adalah Pn Kaladevi A/P Arumugam selaku Ketua Panitia Moral . Pelajar-pelajar moral diminta mengemukakan isu pembuangan bayi mengikut nilai moral secara spontan berdasarkan pandangan dan pemahaman masing-masing. Penceramah jemputan pula adalah Datin Shamsiah dari Orphan Care. Beliau berkongsi pengala

SMKJB Juara Lagi!!!

Pada hari ini 15/4/2015 sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai pertandingan drama Bahasa Inggeris Peringkat Zon Kajang di SMK Yu Hua dan SMKJB berjaya mendapat Johan! Pada 23/4 /15 pasukan drama SMKJB akan bertanding dengan 5 buah sekolah yang lain di peringkat daerah bertempat di SMK Yu Hua juga. Semoga kita akan terus meraih gelaran Juara. 

Program Perkembangan Sahsiah

Pada 3 April 2015 Panitia Moral bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Perkembangan Sahsiah .Penceramah jemputan adalah Encik Shaik Faizul Bin Amir Bacha iaitu pensyarah dari Kolej Portman. Beliau  menekankan bahawa  setiap pelajar haruslah berakhlak mulia, berdisiplin dan rajin semasa menuntut ilmu pengetahuan.Setiap orang mempunyai keunikan, rebut peluang yang ada dengan cara yg sihat barulah akan  berjaya. Beliau meminta para pelajar  menghormati guru kerana guru merupakan insan yg bertanggungjawab mendidik anak-anak murid disekolah. Beliau turut berkongsi pengalamannya semasa muda iaitu beliau bukanlah pelajar yang tergolong cemerlang tetapi akhirnya  berjaya memperolehi segulung ijazah dalam bidang undang-undang.

Kembara Kerjaya

Pada 28Mac 2015 Unit bimbingan dan kaunseling telah menganjurkan program Kembara Kerjaya bersama Kolej Universiti Antarabangsa Inti. Objektif program ini ialah memberi pendedahan lapangan kepada pelajar terhadap persekitaran pembelajaran di kolej iaitu peringkat  pembelajaran selepas SPM . Aktiviti berbentuk bengkel di dalam makmal komputer bagi membolehkan murid menyelami bidang kerjaya Multimedia,  Tech Gadgets,  Networking,  Programming  dan Software engineering. Seramai 106  mrd tingkatan 5 dan 10 orang PRS dan 3 orang guru kaunselor telah mengikuti program ini yang bertempat di Kolej Universiti Antarabangsa Inti ,Nilai, Negeri Sembilan. Program berlangsung sehingga pukul 2.30 petang dan turut dihadiri oleh 4 buah sekolah lain.

Program Rimbunan Kasih

Pada 30 Mac 2015 Program Rimbunan Kasih (Amalan Guru Penyayang) yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling diteruskan bulan MAC ini  dgn  penyampaian cenderamata guru dan murid yg lahir bagi bulan Mac di ikuti majlis memotong kek harijadi yang diketuai oleh Pn Hajah Roslina Bt Che Omar dimana hari jadi beliau jatuh pada bulan Mac. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti  AGP amat dihargai dan kekal berterusan. Unit Bimbingan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Pembersihan Sekolah atas sumbangan kek harijadi tersebut. Bergerak Senada d'Bukit d'Persada.

NIE (Newspaper In Education)

Pada 26 MAC 2015 yang lalu, Panitia Bahasa Inggeris SMK Jalan Bukit telah menganjurkan NIE (Newspaper In Education). Program ini diadakan di Dewan Ilmu, SMK Jalan Bukit. Ko ordinator yang hadir merupakan bekas guru di sekolah ini iaitu Puan Mallika Vasugi. Puan Hajjah Roslina Omar, Pengetua SMK Jalan Bukit, turut hadir dan memberi galakan  dan motivasi kepada murid-murid serta guru-guru agar menjalankan program NIE di kelas masing-masing.  Antara objektif program ini ialah:  i.    Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.  ii.   Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak         pemikiran  dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.  iii.  Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh        itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.  iv.  Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya       melalui cara-cara lain.  v.   Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mem