Monday, February 23, 2015

Makluman Kepada Semua Guru, Ibu Bapa Dan Pelajar SMKJB

Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan tentang julat markah dn gred baru untuk pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5. Diharapkan semua pihak mengambil maklum tentang perkara ini.


Berikut merupakan Takwim Peperiksaan 2015 dan Jadual Ujian Setara untuk makluman dan tindakan semua pihak.






Saturday, February 14, 2015

Kursus kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling  berlangsung pada 7 Februari 2015   (Sabtu). Majlis dibuka dengan ucapan Pn.Hamidah bt. Abd. Latif, PK Petang yang menekankan peranan ketua & penolong tingkatan yang amat penting kepada sekolah selaku individu yang diberi kuasa membantu dalam kawalan dan kelancaran pengurusan kelas.

Majlis Penutup disempurnakan oleh Pn.Roslina bt Che Omar, Pengetua SMKJB bagi terus menyuntik dan memantapkan  kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan.  Oleh itu, objektif program ini meningkatkan tahap kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan bagi menjayakan tangungjawab tersebut. Di samping itu, program ini diharapkan dapat membina sahsiah dan ketrampilan murid selaku pemimpin kecil sekolah yg berwibawa, cekal,berdaya,maju dan berinovatif.




Thursday, February 5, 2015

Program Maju Diri


Program Maju Diri untuk murid tingkatan satu hingga tingkatan lima merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula 26 Jan hingga 5 Feb 2015.

Objektif program  khusus untuk memantapkan perkembangan diri murid supaya lebih bersedia utk menghadapi cabaran masa depan serta memenuhi 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Modul program meliputi tajuk potensi diri, motivasi, pembangunan sahsiah diri dan kemahiran belajar.