Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 39 SMKJB

Mesyuarat yang diadakan dengan penuh meriah dan jayanya telah mendapat sambutan pelbagai pihak. Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Dato Akhbar Bin Satar, Presiden Transparency International Malaysia kerana sudi merasmikan majlis pada kali ini.

Majlis Pelancaran Program Nilam 2015

Majlis Pelancaran Program Nilam telah dilancarkan pada 26 Januari 2015 dengan tema Buku Teman Setiaku. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Pengetua Puan Hajah Roslina Che Omar.

Kejohanan Badminton MSSD Hulu Langat 2015

D'Bukit mengorak langkah ke Persada. Memenangi Johan Lelaki Keseluruhan, Naib Johan Keseluruhan Daerah Hulu Langat, Johan perseorangan L18- Chen Yun Chean, Johan bergu L18- Chang Lip Meng & Loo Chun Wei, tempat ketiga bersama lelaki beregu bawah 15 tahun, tempat ke3 bersama beregu L18 dan tempat ke3 bersama beregu P18. Kami akan terus mara ke peringkat negeri membawa pulang gelaran sebagai JUARA!!

Mesyuarat Agung Kokurikulum SMKJB 2015

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Agung Kokurikulum SMKJB 2015 yang melibatkan semua kelab dan persatuan, permaian dan unit beruniform yang ditawarkan kepada semua pelajar SMKJB. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 7.40 hingga 10.15 pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua murid-murid. Semoga SMK Jalan Bukit terus mencipta kecemerlangan di bidang kokurikulum pada tahun ini.

Program SMART

Bermula tahun ini, program SMART (Sedia Mendengar dan Mencatat) diperkenal kepada para pelajar. Unit disiplin dan guru-guru lain membantu pelaksanaan program dengan bersama menegaskan kepada murid untuk mengikut arahan mengeluarkan nota, bersedia & mencatat. Program ini bertujuan untuk membentuk budaya mencatat dan mendengar dalam kalangan murid. Program diselaraskan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan guru bertugas melaksanakan aktiviti semasa perhimpunan pagi. Objektif program adalah untuk memupuk kecemerlangan murid, mewujudkan kesiapsediaan murid kepada PdP dan melahirkan murid yang peka dan berdisiplin.

Perasmian Bilik UBK 2015

 Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Jalan Bukit yang baru telah dirasmikan oleh Pn Latifah Mohd Isa A.I.S. pada 16 Januari yang lalu. Bilik ini menggantikan bilik yang telah terbakar pada tahun 2009.

LADAP 1/2015 17 Januari 2017

Bertempat di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 01/2015 dimulakan oleh En Jalaluddin Bin Abd Latif dari IPGM Ilmu Khas dengan tajuk Pengurusan Stess. Pada slot kedua pula, En Johnny Tan pula memberi pendedahan mengenai Cabaran PdP Dalam Alaf Ke-21

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Kedatangannya kami raikan. Pemergiannya kami relakan. Majlis perpisahan telah diadakan pada 16 Januari 2015 di Dataran Ilmu pada jam 10.00 pagi. Pengetua Cemerlang Puan Latifah Mohd Isa A.I.S merupakan mantan pengetua kami yang bersama-sama membangunkan SMK Jalan Bukit sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai program yang telah beliau jalankan sepanjang bersama dengan kami. Paling ketara ialah kenaikan band sekolah dari band 5 ke band 4. Semoga beliau terus cemerlang di SMK Jalan Reko. Jamuan perpisahan telah diadakan pada 1 Januari 2015 di Horizon Garden Bandar Baru Bangi Penyampaian cenderahati dari pelbagai pihak Selamat jalan. Semoga terus mengorak kecemerlangan di sekolah baru

Pertandingan Menghasilkan Kolam Dan Membuat Tanglong

Serentak dengan Sambutan Maulid Nabi bagi pelajar Islam, pelajar bukan islam pula mengadakan pertandingan menghasilkan kolam dan tanglong di Dataran Ilmu.

Ceramah Sempena Maulidurrasul 1436

Ceramah sempena Hari Keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w telah diadakan pada hari Jumaat 16 Januari 2015 bertempat di Surau Jabal Nur SMKJB. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin bin Abdul Aziz dari Sungai Buloh

Orientasi Tingkatan 4 2015

Pada 12 Januari 2015 bertempat di Dataran Ilmu telah diadakan orientasi untuk pelajar tingkatan 4 yang baru memulakan fasa baru persekolahan mereka. Orientasi yang dikendalikan oleh kaunselor sekolah ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan ruang untuk pelajar memikirkan elektif yang sesuai dengan minat dan kelayakan mereka. Serentak dengan itu, pada masa yang sama pada sebelah petangnya diadakan Orientasi Tingkatan 1 dan Peralihan untuk membantu pelajar-pelajar yang baru menginjak ke sekolah menengah.

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015

Perhimpunan rasmi yang julung kali bagi tahun 2015 telah berjalan dengan lancar bersama-sama dengan pengetua baru kami Pn Hjh Roslina Binti Che Omar. Perhimpunan yang diadakan pada hari pertama persekolahan 12 Januari 2015 pada jam 7.20 pagi bertempat di Dataran Ilmu ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid. Semoga SMKJB terus menempa nama ke persada pada tahun ini

JADUAL AKTIVITI KOKO 2015

Selamat Datang Ke Portal SMK Jalan Bukit

Assalamualaikum, salam sejahtera dan terima kasih kerana melayari laman web SMK Jalan Bukit Kajang. Web ini akan memaparkan peristiwa-peristiwa dan maklumat penting berhubung warga SMK Jalan Bukit secara amnya. Web ini akan melalui proses pembinaan dan akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.  Data dan maklumat terperinci tentang sekolah serta bahan-bahan arkib sedang menjalani proses pengumpulan dan kemasukan ke dalam sistem web. Laman ini berperanan sebagai penghubung warga sekolah dengan masyarakat, sektor pendidikan dan serata dunia. Selain daripada mewujudkan saluran maklumat mengenai sekolah, laman ini juga adalah sebagai satu medium bagi para guru dan pelajar melibatkan diri di dalam bidang teknologi maklumat (IT). Semoga usaha murni akan mendapat keberkatan Ilahi dan akan diteruskan lagi oleh generasi yang akan datang. Diharapkan semua pihak dapat mengambil manfaat daripada penghasilan web sekolah ini. Sekian, wassalam.  PN ROSLINA BINTI CHE OMAR PENGETUA S

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH 2015

CARTA ORGANISASI UNIT KURIKULUM 2015

CARTA ORGANISASI UNIT HAL EHWAL MURID 2015

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM 2015

Jadual Waktu Sesi Petang 2015

Jadual Waktu Sesi Pagi 2015