Saturday, February 26, 2011

Program LADAP 1 (26 Februari 2011)




Program LADAP ini telah dikendalikan oleh Puan Rosmimah bt. Embi dari SK Taman Kosas, Ampang.

Program Maulidur Rasul (25 Februari 2011)





Program Pembangunan Sahsiah (25 Februari 2011)





Sijil SPM 2009

Kepada semua bekas pelajar SMKJB tahun 2009, sijil SPM 2009 telah mula diedarkan dikaunter pejabat sekolah. Bekas-bekas pelajar SPM tahun 2009 boleh mendapatkan sijil asal SPM di pejabat dengan membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan SPM masing-masing.

Thursday, February 24, 2011

Selamat Datang Puan Pengetua

Warga SMK Jalan Bukit, amat mengalu-alukan kedatangan Puan Pengetua Puan Roslina Binti Che Omar untuk menerajui sekolah kami bermula 16 Disember 2014. Warga SMK Jalan Bukit amat berharap sekolah ini akan lebih cemerlang di bawah pimpinan beliau. Semoga kita semua akan sentiasa berganding bahu demi agama, bangsa dan negara.

Wednesday, February 23, 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan terima kasih kerana melayari Portal SMK Jalan Bukit Kajang. Portal ini akan memaparkan peristiwa-peristiwa dan maklumat penting berhubung warga SMK Jalan Bukit secara  amnya.Terima kasih sekali lagi dan semoga berjumpa di lain kali!

LAMAN UTAMA


Juraian Meteor Tahun 2011
Written by shahgazer Tag: almanak 2011, blog shahgazer's blog Login to post comments

Berikut merupakan senarai juraian meteor yang utama, bagi sepanjang tahun 2011.


3-4 Jan: Quadrantids. Sebuah juraian yang agak baik. Jangkaan sehingga 40 meteor sejam pada waktu puncaknya. Tarikh puncaknya berlegar antara 3-4 Jan, tetapi kita sudah mula boleh lihat meteornya sepanjang 1-5 Jan nanti. Radiant-nya ialah di buruj Bootes. Bulan tiada di langit.

21-22 Apr: Lyrids. Sebuah juraian meteor yang boleh menghasilkan sehingga 20 meteor sejam pada waktu puncaknya. Sudah boleh melakukan cerapan di antara tarikh 16 hingga 25 Apr. Meteor Lyrids ini kadangkala boleh menghasilkan meteor cerah yang meninggalkan kesan selama beberapa saat. Radiant di dalam buruj Lyra. Bulan terbit jam 10.30 malam dan berada di langit sehingga Subuh.

5-6 Mei: Eta Aquarids. Juraian yang agak ringan, dengan hanya sekitar 10 meteor sejam pada waktu puncak. Radiant di dalam buruj Aquarius. Bulan terbenam pada jam 9 malam.

28-29 Julai: Southern Delta Aquarids. Sebuah lagi meteor yang radiant-nya di dalam buruj Aquarius. Sudah mula boleh dilihat mulai 18 Julai hingga 18 Ogos. Pada tarikh puncaknya, sehingga 20 meteor boleh dilihat. Bulan terbit jam 4.30 pagi.

12-13 Ogos: Perseids. Salah sebuah juraian yang baik untuk dicerap. Sehingga 60 meteor sejam boleh dilihat pada tarikh puncak. Namun kita sudah mula dapat melihatnya muncul bermula 23 Julai hingga 22 Ogos. Radiant di dalam buruj Perseus. Bulan berada di langit dan hanya terbenam pada jam 6 pagi!

6-10 Oktober: Draconids: Tahun ini, dijangkakan akan berlaku letusan meteor yang banyak. Kiraan awal menunjukkan Bumi akan melintasi kawasan debu Komet 21P/Giacobini-Zinner yang padat kali ini. Sekitar 2 meteor seminit dijangka dapa dilihat. Radiant di dalam buruj Draco. Bulan hampir penuh ketika ini dan berada di langit hampir sepanjang malam!

21-22 Oktober: Orionids. Juraian yang boleh menghasilkan sehingga 20 meteor sejam dari kawasan buruj Orion. Waktu puncaknya agak sukar diramal, dan boleh berlegar antara 20-24 Ogos, walaupun berdasarkan rekod, tarikh 21 Ogos adalah yang terbaik. Bulan terbit sekitar jam 2 pagi.

17-18 Nov: Leonids. Juraian yang baik dan boleh menghasilkan sehingga 40 meteor sejam pada puncaknya. Radiant adalah di buruj Leo. Bulan terbit sekitar tengah malam dan berada di langit sehingga Subuh.

12-13 Dis: Geminids. Juraian yang dianggap terbaik di antara kesemua juraian. Konsisten menghasilkan sehingga 60 meteor sejam pada waktu puncak. Sudah boleh dilihat mulai 6 hingga 19 Disember. Radiant adalah dari buruj Gemini. Bulan hampir penuh, terbit sekitar jam 9 malam dan berada di langit sepanjang malam!














Telefon bimbit beri kesan kepada kulit
Posted by BioVCO | 7:18 PM | Telefon bimbit beri kesan kepada kulit | 0 comments »


Awas jika anda sememangnya menghidap masalah alahan kulit dan pada masa sama, adalah pengguna setia telefon bimbit.

Penyelidikan terbaru saintis Jepun mendakwa radiasi telefon bimbit boleh memberi kesan alahan kepada mereka yang menghidap masalah seperti eczema atau dermatitis, lapor sebuah akhbar Britain kelmarin.

Dr Hajime Kimata kali pertama membuat penemuan itu dua tahun lalu tetapi melakukan penyelidikan lanjut, baru-baru ini.

Menerusi kajian itu, dia mendapati darah beberapa pengguna telefon bimbit itu mempunyai paras bahan kimia yang tinggi dan dihasilkan sistem daya tahan badan sebagai kesan reaksi alahan.

Kajiannya itu sekali gus mengesahkan kaitan alahan kulit dengan telefon bimbit biarpun penyelidikan mengenai kesan sebenar alat komunikasi itu, termasuk kesannya kepada kesihatan pengguna, sedang dilakukan.

Pakar kesihatan Britain sebelum ini menolak kaitan telefon bimbit boleh menjejaskan kesihatan.

Namun, kajian membandingkan pengguna telefon di bandar dan pedalaman bulan lalu, menunjukkan mereka di kawasan kampung lebih berisiko mengalami masalah ketumbuhan otak disebabkan pancaran lebih tinggi diperlukan berbanding di bandar yang banyak stesen pemancarnya.

Malah, saintis turut menasihati agar kanak-kanak tidak menggunakan telefon bimbit, kecuali bagi kes kecemasan.

Pakar alahan Britain menganggap kajian Dr Kimata itu menarik biarpun tiada sebarang penjelasan saintifik bagaimana radiasi itu boleh meningkatkan reaksi alahan kulit berkenaan. – Agensi

Tuesday, February 22, 2011

PUSAT SUMBER

PIBG

INFO

KOKO

KURIKULUM

HEM

PENTADBIR

Pengetua : Pn Roslina Binti Che Omar Pen. Kanan : Pn Norkhaliza A. Jalil  Pen Kanan HEM : En Theng Kok Leng Pen Kanan Koko : En Lokfi Bin Idris Penyelia Petang : Pn Hamidah Abdul Latif GKMP Bahasa : Pn Roslina Mohd Noor GKMP Sains & Matematik : Pn Choong Soo Mei GKMP Kemanusiaan : Pn Norzihan Ismail GKMP Teknik & Vokasional : Pn Ruzihan Jantan

Maklumat Am

VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


Piagam Pelanggan

Kami berusaha untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan adil kepada semua pelanggan :

1. Memberi Peluang pembelajaran serta mengembangkan potensi pelajar.

2. Memastikan kebajikan staf diutamakan.

3. Melayan ibubapa / penjaga / komuniti dengan mesra.

4. Memastikan dasar dan arahan kerajaan dilaksanakan



SEJARAH SEKOLAH

Sejarah SMK Jalan Bukit bermula pada April 1962 yang mulanya sekolah ini adalah sebuah Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk menampung murid-murid yang gagal dalam peperiksaan memasuki sekolah menengah (Malaysian Secondary School Entrance Examination). Pada peringkat awalnya, sekolah ini tidak mempunyai bangunan tersendiri dan hanya mempunyai seorang pengetua, 2 orang guru pelatih, 5 orang guru pelatih Pelajaran Lanjutan dan 150 pelajar, terpaksa menumpang 4 buah bilik darjah di SMK Tinggi Kajang. Setelah hampir setahun sekolah ini beroperasi, seramai 5 orang pelajar iaitu 2 orang pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan telah lulus dalam peperiksaan MMSEE dan dapat melanjutkan pelajaran ke SMK Tinggi Kajang dan SMK Convent Kajang.

Pada 1 Oktober 1964, 2 blok bangunan telah siap di bina, tetapi sekolah ini masih berfungsi sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pada penghujung tahun itu, sekolah ini hanya mampu melahirkan seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang lulus dalam peperiksaan L.C.E. Selepas itu, bangunan SMK Jalan Bukit yang terdiri daripada 2 blok bangunan dan 10 bilik darjah menjadi amat penting sekali bagi menampung pelajar-pelajar lanjutan terutamanya kepada mereka yang datang dari SRJK Tamil dan SRJK Cina.

Pada 1 Januari 1985, sekolah ini mula berfungsi sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan dengan pelbagai jurusan dalam bahasa Inggeris serta asas kepada wujudnya SMK Jalan Bukit. Sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah ini menerima pelajar-pelajar dari SRJK Cina, SRJK Tamil dan Sekolah Kebangsaan dari kawasan Semenyih, Kajang dan Bangi. Berikutan dengan fungsi sekolah ini sebagai sekolan bantuan penuh kerajaan maka sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Bukit atau HillStreet Lower Secondary School.

Pada tahun 1976, bermulanya kelas Tingkatan Empat Sastera. Sebelum ini mereka yang lulus L.C.E dihantar ke SMK Tinggi Kajang, SMKJ (Cina) Yu Hua dan SMK Convent Kajang. Pada tahun 1977, buat pertama kalinya sekolah ini telah mengeluarkan pelajar-pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1983, kelas Tingkatan Empat Aliran Sains dimulakan sehingga ke hari ini dan menjadikan sekolah ini setaraf dengan sekolah-sekolah menengah yang lain di Daerah Hulu Langat. Pada tahun 1973 atas kepentingan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Kabinet yang memastikan semua sekolah menengah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, maka Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Bukit bertukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit.

Sudut Ilmiah